TENTANG TNBES
> Tentang Kami > Tentang TNBES
IDENTITI KAMI
Mencipta Semula Kelestarian
Kami merupakan anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad dengan lebih 20 tahun kepakaran dalam penyediaan penyelesaian tenaga hijau untuk pembangunan, perundingan serta operasi dan penyelenggaraan Projek Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy atau RE).
Perkhidmatan kami bukan sahaja terhad pada tahap makro dalam mempelopori Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency atau EE). Sebaliknya, usaha kami merangkumi bidang luar korporat dengan mengembangkan teknologi hijau untuk pemilik rumah, merangsang penambahbaikan dalam perniagaan mobiliti pintar, menyepadukan meter pintar di seluruh negara dan lain-lain bagi mencapai masa depan yang lebih lestari.
VISI
Menjadi Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCo) pilihan utama pelanggan dengan menawarkan pakej harga bersaingan yang mampu memberikan nilai kepada perniagaan mereka.
MISI
Kami komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa.
SEJARAH KAMI
1997
Ditubuhkan sebagai anak syarikat Tenaga Nasional Berhad di bawah Tenaga SPL Sdn. Bhd.
2000
Menjadi anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh syarikat induk kami, Tenaga Nasional Berhad.
2003
Tenaga SPL Sdn Bhd menukar namanya menjadi TNB Energy Services Sdn Bhd. Perniagaan teras mengutamakan penyelesaian tenaga dan tenaga hijau.
2009
Dilantik sebagai kontraktor siap guna (turnkey contractor) untuk Sistem Janakuasa Solar Hibrid di Kudat, Sabah.
2012
Menyediakan puncak tenaga suria sebanyak 850 kwatt untuk 342 pengguna, termasuk rumah, masjid, pejabat kerajaan, klinik dan sekolah.
2020
Mengendalikan lebih daripada 28.2MW loji Tenaga Boleh Diperbaharui.