Kejuruteraan,
Perolehan,
Pembinaan &
Pentauliahan (EPCC)

PENCAPAIAN
EPCC

Dalam tempoh 6 tahun, TNBES telah berjaya melaksanakan beberapa projek Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning atau EPCC) di seluruh Malaysia. Daripada mereka bentuk kepada pemasangan, kami menyediakan penyelesaian tersuai untuk memenuhi semua keperluan tenaga anda.

Kejuruteraan

Pasukan jurutera kami sangat berdedikasi dalam memanfaatkan teknologi terkini untuk mereka bentuk dan merancang kemudahan operasi anda.

Perolehan

Melakukan perkongsian strategik dengan pembekal/pengilang teknologi bagi memastikan kualiti yang tinggi pada kos yang berpatutan.

Pembinaan

Pasukan kami yang berkaliber dan berkemahiran melakukan kerja pemantauan, pengesanan dan kawalan projek dengan cekap.

Pentauliahan

Kami sentiasa memastikan semua sistem dan komponen mematuhi piawaian dan peraturan yang berkaitan untuk menghasilkan prestasi yang optimum.

KONTRAKTOR SIAP GUNA ANDA

Biogas

Kami komited untuk membangunkan loji janakuasa biogas yang mampu mengurangkan pelepasan gas karbon.

Biojisim

Kami dapat membantu menjana elektrik dengan memanfaatkan sumber semulajadi menjadi sumber tenaga.

Solar Hibrid

Sistem Solar Hibrid merupakan sumber elektrik alternatif untuk kawasan luar bandar di seluruh Malaysia.

Mini Hidro

Mini Hidro berfungsi sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui pada kos yang rendah.

Pengurusan Projek dan Perundingan Teknikal

Khidmat nasihat pengurusan projek yang berpengalaman untuk projek EPCC anda.

Penyelesaian Lampu Jalan

Kami membekal, memasang, membaiki dan menyelenggara lampu jalan.

RAKAN STRATEGIK ANDA UNTUK MASA DEPAN YANG LESTARI

TNBES sebagai rakan penyampai projek untuk kemudahan anda akan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan perundingan yang khusus bagi membantu anda mencapai penjimatan kos tenaga.

Operation & Maintenance

Operasi & Penyelenggaraan

Jimatkan masa anda dan biarkan kami menguruskan perincian operasi dan penyelenggaraan kemudahan anda.

Ketahui lebih lanjut
Engineering, Consultancy & Services

Kejuruteraan, Perundingan & Perkhidmatan

Perkhidmatan kejuruteraan dan perundingan kami yang tersuai dapat membantu anda mencapai penjimatan kos tenaga.

Ketahui lebih lanjut

Selangkah menuju perkhidmatan tenaga yang lebih hijau

Hubungi kami dan wakil khidmat pelanggan kami akan melayani anda dengan segera.

Biogas

Loji janakuasa biogas menyerap metana yang dihasilkan daripada kolam rawatan air sisa anaerobik yang sepatutnya dilepaskan ke atmosfera. Sebagai kontraktor siap guna, TNB Energy Services pakar dalam Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan loji janakuasa biogas.

Kerjasama antara TNBES dan Sime Darby Plantation dalam membangunkan loji janakuasa biogas adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan kami untuk menyahkarbon dan menyediakan tenaga elektrik hijau kepada grid kuasa Malaysia melalui program Tarif Galakan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Feed-in Tariff atau FIT). Sehingga 2021, kami telah menyumbang kepada penjanaan sekitar 3.2MW elektrik melalui loji janakuasa biogas.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Biojisim

Biojisim ialah bahan biologi yang diperoleh daripada organisma hidup atau baru hidup. Sebagai sumber tenaga, biojisim boleh digunakan secara langsung melalui pembakaran untuk menghasilkan haba atau secara tidak langsung selepas menukarkannya kepada pelbagai bentuk biofuel.

Malaysia merupakan antara pengeluar dan pengeksport minyak sawit yang paling besar. Negara kita mempunyai peluang untuk memanfaatkan sisa minyak sawit kepada tenaga biojisim. Pada tahun 2016, TNB Energy Services telah bekerjasama dengan FELDA untuk membangunkan loji janakuasa biojisim di Jengka dengan hanya menggunakan buah tandan kosong kelapa sawit sehingga mampu mencapai 12 MW tenaga elektrik.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Solar Hibrid

Sistem Solar Hibrid (SHS) ialah sistem janakuasa hibrid yang menggabungkan kuasa solar daripada sistem fotovoltaik dengan sumber tenaga penjanaan kuasa lain, seperti penjana diesel. SHS adalah penyelesaian alternatif mesra alam yang mampu menyediakan 24-jam bekalan elektrik di kawasan luar bandar dan kawasan kurang membangun di mana rangkaian untuk membekalkan elektrik konvensional sukar untuk diwujudkan.

TNB Energy Services mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam menjadi kontraktor siap guna untuk SHS dan telah membangunkan lebih daripada 20 SHS di seluruh Malaysia. Pembangunan SHS memberi penduduk kampung dan orang asli akses kepada elektrik serta menyediakan peluang untuk mereka mencapai gaya hidup moden yang lebih baik.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Mini Hidro

Mini hidro adalah pembangunan janakuasa hidroelektrik pada skala perkhidmatan untuk komuniti kecil atau loji perindustrian. Loji mini hidro disambungkan ke rangkaian bekalan elektrik konvensional sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui pada kos rendah. Sehingga 2021, TNB Energy Services telah menjana purata 56,000MW setahun untuk 20 stesen mini hidro.

Dalam usaha sama dengan Metrosphere Hydro Tersat Sdn Bhd (MHTSB), kami telah dilantik sebagai kontraktor EPCC untuk Tersat Mini Hidro di Terengganu. Projek ini adalah di bawah program Tarif Galakan (FiT) daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari  (SEDA) serta telah diiktiraf oleh SEDA dan organisasi hidro yang lain sebagai projek yang cemerlang kerana telah berjaya mencapai 92% dalam tempoh 12 bulan pembinaan bersih.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Pengurusan Projek Dan Perundingan Teknikal

Setiap projek EPCC adalah unik serta memerlukan proses pengurusan perancangan yang khusus. Dengan nasihat dan kepakaran yang betul, matlamat projek boleh dicapai dengan gangguan yang minimum.

TNBES menawarkan perkhidmatan pengurusan projek dan perundingan teknikal. Pasukan pakar kami akan membantu dalam menyemak proses dan keupayaan pengurusan projek semasa untuk mengenal pasti bakal kelemahan. Cadangan untuk proses dan kawalan yang lebih baik serta sokongan dalam penyelenggaraan alat, proses dan prosedur baharu akan disediakan untuk menjayakan projek.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Penyelesaian Lampu Jalan

TNBES menawarkan perkhidmatan memasang dan penyelenggaraan lampu jalan. Lampu Jalan dapat membantu dalam mobiliti, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

Kami boleh membantu untuk mengoptimumkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan jenis High Pressure Sodium Vapor (HPSV) kepada Diod Pemancar Cahaya (Sistem Smart  LED). Pelbagai teknologi baharu yang akan diintegrasikan, sebagai contoh Artificial Intelligence (AI) & Flood Detector (FD) bagi memberi nilai tambah kepada pelanggan. Melalui perkhidmatan ini, ia berpotensi untuk menyediakan platform yang lebih cekap dan produktif ke arah bandar pintar yang mampan dan cekap.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Pengurusan Fasiliti

Di TNBES, kami mempunyai kemahiran dalam perkhidmatan Pengurusan Fasiliti. Kemudahan yang diurus dengan baik dapat meningkatkan taraf perniagaan melalui operasi yang lebih berkesan dan cekap. Dengan mengurus dan mengoptimumkan operasi bangunan, ini dapat mengurangkan perbelanjaan dan melancarkan operasi harian anda sejajar dengan matlamat Persekitaran , Sosio dan Tadbir-urus (ESG). Dengan perlaksanaan pencegahan penyelenggaraan yang terancang, ia dapat mengurangkan kekerapan kerosakan kemudahan supaya operasi perniagaan anda berjalan lancar.

Interested to know more?