OPERASI & PENYELENGGARAAN

PAKAR
OPERASI &
PENYELENGGARAAN

Operasi dan Penyelenggaraan (Operation and Maintenance atau O&M) merangkumi spektrum yang luas dalam perkhidmatan yang diperlukan bagi memastikan persekitaran terbina akan melaksanakan fungsi kemudahan yang telah direka bentuk dan dibina. Jimatkan masa anda dan biarkan kami menguruskan perincian pengendalian dan penyelenggaraan kemudahan anda.

Perkhidmatan yang Berkualiti

Pengalaman luas kami dalam O&M loji tenaga boleh diperbaharui menjamin perkhidmatan berkualiti yang dibekalkan tepat pada masanya.

Meminimumkan Kos Operasi

Perkhidmatan O&M yang cekap dengan kos yang efektif akan membantu peralatan anda mencapai jangka hayat yang lebih lama dan kerosakan yang minimum.

Boleh dipercayai

Kami sentiasa memastikan sistem berfungsi dengan baik dan menyediakan bekalan elektrik tanpa gangguan.

MELAKSANAKAN DAN MENYEPADUKAN PENYELESAIAN TENAGA

Solar Hibrid

Kami memantau dan mengendalikan stesen serta sistem bekalan Solar Hibrid.

Mini Hidro

Biarkan TNB Energy Services yang mengendalikan O&M stesen Mini Hidro anda.

Biojisim

Kami menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan untuk loji janakuasa biojisim.

Pemantauan Berasaskan Keadaan

Cegah sebelum rosak dengan alat pemantauan khusus kami.

Pemulihan Loji Tenaga Boleh Diperbaharui

Naik taraf atau pulihkan loji tenaga boleh diperbaharui anda dengan kami.

RAKAN STRATEGIK ANDA UNTUK MASA DEPAN YANG LESTARI

Kurangkan kos dan go green dengan perkhidmatan kejuruteraan dan perundingan kami atau pilih penyelesaian EPCC untuk keperluan pengurusan projek anda.

Group-1352.png

EPCC

Daripada mereka bentuk kepada pemasangan, kami menyediakan penyelesaian tersuai untuk memenuhi semua keperluan tenaga anda.

Ketahui lebih lanjut
Engineering, Consultancy & Services

Kejuruteraan, Perundingan & Pentauliahan

Perkhidmatan kejuruteraan dan perundingan kami yang tersuai dapat membantu anda mencapai penjimatan kos tenaga.

Ketahui lebih lanjut

Selangkah menuju perkhidmatan tenaga yang lebih hijau

Hubungi kami dan wakil khidmat pelanggan kami akan melayani anda dengan segera.

Solar Hibrid

Sistem atau Loji Solar Hibrid anda memerlukan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan yang berterusan bagi meminimumkan kerosakan peralatan dan melaksanakan fungsinya pada tahap yang optimum. Pasukan Operasi kami memastikan Sistem Solar Hibrid anda berfungsi dengan baik dan mampu membekalkan bekalan elektrik tanpa gangguan kepada pengguna akhir. Kami akan segera menugaskan pasukan teknikal untuk memeriksa dan menyelesaikan masalah apabila menerima sebarang laporan kerosakan.

TNB Energy Services juga akan menjalankan pemeriksaan di tapak dan penyelenggaraan secara berkala bagi Sistem Inverter, Sistem Bateri, Sistem Solar PV dan Sistem Penjana Diesel. Hal ini bagi memastikan penyelenggaraan dilakukan dengan betul bagi kemudahan anda serta meningkatkan kebolehpercayaan dan memaksimumkan prestasi sistem.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Mini Hidro

TNB Energy Services telah mengendali dan menyelenggara lebih daripada 20 stesen Mini Hidro di Semenanjung Malaysia untuk Tenaga Nasional Berhad Distribution. Pakar kami akan memastikan gangguan dalam bekalan kuasa dikurangkan dengan menjalankan pemeriksaan di tapak dan penyelenggaraan secara berkala.

Kami menjamin untuk bertindak dengan segera dalam tempoh 24 jam. Pasukan teknikal akan ditugaskan untuk memeriksa dan menyelesaikan masalah apabila menerima sebarang laporan kerosakan. Kami akan menyediakan laporan dan cadangan untuk membantu kemudahan anda mencapai jangka hayat yang lebih panjang dan secara tidak langsung mengurangkan kos operasi anda.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Biojisim

TNB Energy Services menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan untuk loji janakuasa biojisim. Pasukan Operasi kami memastikan loji janakuasa berfungsi dengan baik dan mampu membekalkan tenaga elektrik yang lestari. Kami menyimpan inventori alat ganti yang kritikal dan paling kerap digunakan bagi mengenal pasti bahagian yang rosak dan mencadangkan penggantian yang seterusnya untuk meningkatkan jangka hayat peralatan.

Pasukan kami juga menjalankan pemeriksaan di tapak secara berkala bagi memantau prestasi kecekapan loji janakuasa anda. Berdasarkan laporan pemeriksaan, kami akan mencadangkan penyelenggaraan utama seperti baik pulih peralatan untuk membantu kemudahan anda berfungsi pada tahap maksimum dan mengurangkan pengenduran dalam jangka masa panjang.

Ingin ketahui lebih lanjut?​

Pemantauan Berasaskan Keadaan

Temui peralatan yang mungkin gagal atau merosot sebelum ia berlaku supaya penyelenggaraan boleh dilakukan tepat pada masanya. Pemantauan Berasaskan Keadaan (Condition-Based Monitoring atau CBM) kami dapat menyatupadukan getaran, termografi, ultrasound dan analisis minyak untuk memberi anda laporan terperinci tentang masalah aset teras. Melalui analisis kritikal, anda dapat menentukan peralatan yang mempunyai peluang kegagalan yang tinggi dan kesannya terhadap perniagaan anda.

Kurangkan kemungkinan kegagalan peralatan untuk sistem yang lebih baik dan tempat kerja yang lebih selamat dengan menggunakan CBM. CBM memberikan penjimatan kos yang nyata dengan mengelakkan tempoh pengenduran yang tidak dirancang, waktu yang tertunggak dan masa buruh yang dihabiskan untuk peralatan yang merosot. Dapatkan pulangan pelaburan terbaik bagi aset paling kritikal anda dengan TNB Energy Services.

Ingin ketahui lebih lanjut?

Pemulihan Loji Tenaga Boleh Diperbaharui

Pemulihan Loji memastikan loji janakuasa mampu berfungsi dengan prestasi yang optimum di samping kekal hemat. Dengan teknologi yang semakin maju, perniagaan perlu dinaik taraf atau membuat perubahan pada kemudahan sedia ada bagi mematuhi peraturan baharu berkaitan kecekapan tenaga dan kebimbangan terhadap alam sekitar.

TNB Energy Services menyediakan perkhidmatan Pemulihan Loji Tenaga Boleh Diperbaharui. Skop kerja umum kami untuk kerja pemulihan termasuklah Sivil & Struktur, Mekanikal dan Elektronik, Elektrik dan Sistem Kawalan. Sebagai tambahan kepada pengubahsuaian dan penggantian peralatan serta kemudahan sedia ada, kami juga membantu dalam pemasangan peralatan dan sistem baharu. Langkah pemulihan kami bertujuan untuk mengurangkan gangguan dan kos tempoh pengenduran.

Ingin ketahui lebih lanjut?

Pengurusan Fasiliti

Di TNBES, kami mempunyai kemahiran dalam perkhidmatan Pengurusan Fasiliti. Kemudahan yang diurus dengan baik dapat meningkatkan taraf perniagaan melalui operasi yang lebih berkesan dan cekap. Dengan mengurus dan mengoptimumkan operasi bangunan, ini dapat mengurangkan perbelanjaan dan melancarkan operasi harian anda sejajar dengan matlamat Persekitaran , Sosio dan Tadbir-urus (ESG). Dengan perlaksanaan pencegahan penyelenggaraan yang terancang, ia dapat mengurangkan kekerapan kerosakan kemudahan supaya operasi perniagaan anda berjalan lancar.

Interested to know more?